Wednesday, May 28, 2008

KERTAS CADANGAN

Wednesday, May 28, 2008
KERTAS CADANGAN

SARKAS SENI DI HUTAN BANDAR


PENDAHULUAN



Ada seni-seni yang terpinggir kerana ianya tidak mendapat pendedahan secukupnya di kota-kota yang kurang kosmopolitan seperti Johor Bahru. Salah satu seni yang jarang dipersembahkan adalah seni baca naskah. Pun begitu, di Kuala Lumpur seni baca naskah kerap diaktifkan di Rumah Pena, Pasar Seni dan toko-toko buku di ibukota.



Kertas kerja ini mencadangkan sebuah projek bernama Sarkas Seni yang menumpukan kepada seni baca naskah dan seni-seni alternatif yang jarang dipertontonkan. Ianya dinamakan Sarkas Seni kerana sifatnya yang rencam.



b) OBJEKTIF



Projek Sarkas Seni bertujuan:



a. Mengetengahkan dan mendedahkan hasil karya seni yang pelbagai kepada peminat seni.



b. Memberi ruang kepada penggiat seni untuk berkongsi minat mereka dengan masyarakat



c. Meningkatkan apresiasi seni di kalangan penduduk Johor.



c) PERLAKSANAAN PROGRAM





a) Kami akan mengenal pasti dan menjemput artis untuk program ini. Lima (5) artis akan disediakan untuk satu majlis. Bilangan artis tertakluk kepada kesediaan mereka yang ingin mengambil bahagian.



b) Setiap artis akan diberi peruntukkan Lima (5) minit untuk mempersembahkan seni mereka.



c) Jika ada masa tersisa, hadirin-hadirin juga dijemput turut serta menyumbang dalam sesi" open mike."



d) Artis juga digalakkan mengedar atau menjual hasil karya mereka ketika projek dijalankan.





d) BANTUAN PIHAK MBJB

Pihak urusetia memohon bantuan MBJB dalam tiga perkara.

a) Penyediaan alat siar raya. (P.A. System)

b) Tempat untuk aktiviti. (Hutan Bandar)

c) Peruntukan masa satu (1) jam ketika selingan (break/intermission) dalam acara Jazz Corner. 10 p.m – 11 p.m.



e) ETIKA PERSEMBAHAN



Pihak urusetia akan memberi taklimat kepada semua peserta untuk menghormati dan tidak melanggar undang-undang negara ketika membuat persembahan.



f) JENIS-JENIS PERSEMBAHAN



Sarkas Seni akan menumpukan kepada seni Bacaan Naskah oleh penulis-penulis buku. Pun begitu, seni-seni alternatif lain tidak dipinggirkan.

a. Bacaan naskah/buku/ blog

b. Deklamasi sajak/puisi

c. Muzik akustik

d. Jenaka Berdiri (Stand up comedy)

e. Lawak jenaka kumpulan

f. Silap Mata

g. Sarkas

h. Badut

i. Dan lain-lain yang difikirkan sesuai.





g) PROMOSI



Urusetia akan menjalankan kegiatan promosi melalui Internet dan sebaran poster.



h) URUSETIA



Wakil K.I.T.A (Sarina bt Md Juhari adalah wakil Community of Kita) dan Sindiket Sol-jah (Kumpulan penerbit buku bebas yang diwakili oleh Ghazali Bunari) akan bertindak sebagai urusetia dan pengacara majlis. Beberapa sukarelawan akan turut membantu.



i) PERUNTUKAN KEWANGAN



Secara amnya, artis tidak bayar untuk menyertai program ini. Ia merupakan program seni khidmat masyarakat. Pun begitu pihak urus setia berbesar hati jika ada pihak-pihak yang ingin menaja.



j) PENUTUP



Diharap pihak MBJB akan meluluskan program ini kerana menyemarakkan lagi kegiatan kesenian di Johor Bahru. Sekaligus ia akan merapatkan jurang antara seniman dan khalayak di kawasan Selatan tanah air.

0 comments:

 
Redup Pemikiran. Design by Pocket