Friday, July 07, 2006

ulasan ayah kita bos. (diedit semula)

Friday, July 07, 2006

Lapan Jam Bersama Ayah Kita Bos

http://sukaatiaku.blogspot.com/2006/04/lapan-jam-bersama-ayah-kita-bos.html#links

Aku demam hari ini. Tidak tahu kenapa. Aku gagahkan diri untuk ke tempat kerja. Hanya satu. Semata-mata untuk update blog aku ni. Tapi aku kerja. Betul.

Begini ceritanya. Selama lapan jam aku menahan perut, menahan emosi hanya kerana mentelaah sebuah kitab. Ya, kitab Ayah Kita Bos, semalam. Hari ini aku demam. Gangguan emosi, aku fikir.

Cis! Tulisan aku pendek-pendek. Terpengaruh Tok Naga ni.

Emosi aku terganggu, tidak tahu arahan mana harus aku ikut. Tok Naga atau Tok Rimau.
Aku fikir, jika orang lain berada di situasi aku pasti begitu juga. Kedua-dua mereka menggunakan teknik propaganda jenis "Intentional vagueness" iaitu:

"Perkara dan isu umum yang sengaja dikaburkan maklumatnya supaya pembaca boleh memberikan tafsirannya sendiri. Ini adalah untuk mengelirukan pembaca dengan menggunakan ungkapan-ungkapan yang tidak tertakrif. Tanpa teranalisis kesahan tindakan mereka oleh pembaca, mereka (Tok Naga dan Tok Rimau) cuba untuk mendapatkan sokongan terhadap permintaan mereka itu. Keadaan ini akan menyebabkan pembaca memberi tafsiran mereka sendiri. Oleh itu, dalam percubaan untuk "mencipta" propaganda, pembaca akan membuat penghakiman terhadap idea-idea yang disampaikan oleh mereka (Tok Naga dan Tok Rimau)."

Cuba anda fahami kata-kata propaganda yang mereka tulis dalam autograf dalam buku saya ini.

"Baca dengan tertib. Jangan gelojoh." - Tok Rimau
"Esis, terus baca! Baca terus! Tabik." - Tok Naga

Aku keliru!!! Lalala. Seorang jangan gelojoh, seorang baca terus! Tapi tanpa prejudis aku dah habiskan buku Ayah Kita Bos. Lapan jam sahaja. Yeh! Sebenarnya yang paling penting, apabila aku baca buku ini. Aku dapat menganjakan paradigma pemikiran aku. Rupa-rupanya pengalaman hidup, sangat menarik apabila dibaca semula. Bukan hanya pengalaman tetapi pemerhatian hidup. Juga penghargaan hidup. Inilah kekuatan blook ini. Segalanya di garap dengan penuh kreatif serta menghiburkan. Walaupun kadangkala ia merupakan coretan sedih mereka. Lalala.

Coretan Tok Naga. Menggunakan "kaedah warna" dalam pembahagian setiap bab. Hijau, merah, ungu dan biru. Setiap warna melambangkan kehidupan suka dukanya dalam persekitaran hidup yang berbeza. Paling aku suka bab merah jambu, ketika beliau bermusafir (?) di Jepun. Artikel yang paling aku ingat ialah tentang magis emak Mayuki. Aku terfikir nak buatlah magis ikan kembung tu. Aku nak lawan Tok Naga. Mesti aku punya magis menjadi dengan mengeluarkan dading ikan daripada tulangnya tanpa tersisa.

Coretan Tok Rimau. Menggunakan ”kaedah tubuh” dengan menggunakan keindahan tubuh badannya dalam pembahagian artikel. Ekor, taring, misai dan kuku. Walaupun ia bahagian kecil pada tubuh badan dan agak kurang penting, tapi Tok Rimau yang aneh berpendapat agak aneh kerana menggunakan pengkatogerian jenis ini. Sukahati kau lah ye. Antara artikel yang aku ingat ialah ”Motor Tong”. Sehingga kini aku cuba mengimaginasikan rupa bentuk motor tong itu. Namun antara tulisan yang paling aku ingat dan terkesan sekali ialah kata-kata Jimson @ Sulaiman; "untung orang muslim boleh menemui penciptanya 5 kali sehari." "Kalau presiden atau jutawan, sorry la nak jumpa dia. Sekali sepanjang hayat kita pun belum tentu, kalau tiada kepentingan." Tulis Tok Rimau lagi.
Ulasan esis : http://sukaatiaku.blogspot.com/

2 comments:

sinaganaga said...

Esis,
Baca ulang-ulang! Ulang-ulang baca!
Ha ha.

esis said...

sol jah,
baca berulam. hehe

 
Redup Pemikiran. Design by Pocket