Friday, July 28, 2006

Ayah Kita Bos - Naskhah Yang Berputar

Friday, July 28, 2006
Kalau Tok Rimau itu Sharifah Aini maka Naga itu Siti Nurhaliza. Dua nama besar yang saling melengkapi dunia blog tanahair.

Tok Rimau, dia pemerhati rinci dan bijak. Catatan-catatannya bersifat marhaen, jujur dan emosinya meruntun jiwa. Dia berupaya mengolah pengalaman peribadi biasa menjadi entri-entri luarbiasa.

Membaca entrinya, aku membaca separuh dan berhenti. Aku biarkan diri meneka klimaks cerita yang akan dicoretkan. Dan setiap kali itulah aku tersilap menghitung klimaks Tok Rimau. Mengejutkan dan tiba-tiba. Dia pandai  memukau di permulaan ayat, membiarkan pembaca ralit pada rentak cerita dan akhirnya merenjatkan pemikiran pembaca di penghujung entrinya.

Naga pula, dia bagaikan fenomena. Dia mencetuskan undang-undang baru dalam penulisan blog yang menjadi ikutan para penulis blog masa kini. Entri-entrinya kontot. Bahasanya tinggi dan berupaya menunggangterbalikkan struktur dan lingua bahasa semahu hatinya dengan cemerlang. Seperti Zidane yang tahu bagaimana mahu mengerjakan bola. Begitulah Naga. Dapat aku bayangkan bagaimana Naga mampu membancuh setiap entri sewenangnya apabila papan kekunci sudah di jemari.

Aku tidak peduli ceritanya benar atau dibuat-buat. Bagi aku, Naga, pengingat yang baik. Catatannya rinci. Dari sekecil-kecil corak baju, babak menyuapkan makanan, menjerit, ketawa, menangis sehinggalah ke efek-efek khas. Semuanya mampu dizahirkan melalui tulisan-tulisan hikmatnya.
 
Ya, Ayah Kita Bos. Naskhah sederhana. Tapi isinya sarat. Inilah pertama kali aku dapat menonton filem melalui tulisan. Ada banyak plot dan kronologi yang sentiasa berputaran di minda. Dan aku raikannya. Dan aku biarkan putaran itu bergelumang, meracau dan stabil semula dengan sendiri.

http://kelambu.blogspot.com

5 comments:

sinaganaga said...

Wow!

esis said...

kak pah & datin siti ape kaborr...

dugongsenyum said...

Siapa pulak yang akan jadi Datuk K? hahah

Ms_B3rry said...

"menunggangterbalikkan" <- sedap plak perkataan baru ni eh

PakBear said...

tahniah! ko mmg hebat

 
Redup Pemikiran. Design by Pocket