Tuesday, June 13, 2006

KEJOHANAN MENGULAS BUKU AYAH KITA BOS

Tuesday, June 13, 2006
Otak kamu memulas-mulas mahu mengulas! Hadiah bernilai lebih dua ratus ringgit untuk dimenangi!


"TOK RIMAU dan SINAGANAGA sayang kamu! *ahak!* "

Begitulah frasa terakhir dalam buku blog AYAH KITA BOS. Kami tidak tipu. Sungguh! Sebagai membuktikan kasih sayang kami kepada pembaca dan pembeli buku AYAH KITA BOS, dipersembahkan KEJOHANAN MENGULAS AYAH KITA BOS.

HADIAH-HADIAH MISTERI BERNILAI LEBIH RM200!

Hanya ada satu juara dan dia akan membolot semua hadiah.


Sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada mereka yang telah membeli dan membaca AYAH KITA BOS, kami selaku pengarang buku menganjurkan:

KEJOHANAN MENGULAS BUKU AYAH KITA BOS

Cara-caranya:
1. Beli, baca dan tulis ulasan kritikal Ayah Kita Bos.
2. Ulasan mestilah tidak melebihi 200 patah perkataan.
3. E-mel* ulasan kamu ke harimauj.ayahkitabos@blogger.com
4. Tarikh Tutup: 1 Ogos 2006.

*Mel dalam default format tanpa mengubah gaya font dan jangan hantar dalam bentuk lampiran (attachment).

Hak kamu:
1. Menyiarkan ulasan tersebut di blog, forum atau mana-mana media.
2. Menulis apa yang anda suka dan tidak suka.

Hak kami:
1. Menyunting ulasan kamu, jika perlu.
2. Menyiarkan ulasan kamu.
3. Keputusan adalah muktamad. Sebarang e-mel mengomel, tidak akan dilayan.

SAMBUTLAH rasa kasih sayang dan tanda penghargaan kami ini, bersegeralah e-mel ulasan kamu.

8 comments:

Rie said...

ulasan saya ni ( http://sukaatiaku.blogspot.com/2006/04/lapan-jam-bersama-ayah-kita-bos.html#links ) boleh kira gak ke. atau nak wat yang baru. hehehe

June said...

--->>>SAMBUTLAH rasa kasih sayang dan tanda penghargaan kami ini...

yer, kasih sayang kalian ku sambut mesra... huahhhhhhhh. eleh, aku malas nak bertanding2 ni.

Tok Rimau said...

esis,
hantar ke mel kami.

mol,
malas kamu ku sambut mesra.

awan said...

hmm kalau kalian tak menyunting ulasan yang dihantar boleh tak?

sinaganaga said...

rulan awan,
boleh.

Nazri said...

blogger ada emel ke?

Rie said...

saya udah email ulasannya. dengan sedikit ubahan. huhu. udah terima?

Anonymous said...

seriusly..macam best pula..ahah

 
Redup Pemikiran. Design by Pocket